Showing posts with label Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Rasulullah. Show all posts

Wednesday, April 1, 2009

The sweetness of forgiveness

Have you ever thought of that? It just occured to me to write this. Everybody seems to be talking about wrong doings done by others so why not look at the word 'forgive'. Being the victim of wrong judgement, of people's cruelty, of cruel words, of unwanted situations, and of anger itself causes us grief. That moment can be simply said as a time when you feel hurt. When your heart cuts deep.

Terasa hati ni memang susah nak ubat tapi tak mustahil. Kita tengok kembali kisah yang berlaku kepada Rasulullah sendiri. Ingat apa yang berlaku kepada Hamzah, bapa saudara Rasulullah yang amat disayanginya? Kisah kematiannya sewaktu perang Uhud amat memilukan dan apa yang berlaku itu semata-mata kerana dendam. Hindun, isteri kepada Abu Sufian begitu benci kepada Hamzah kerana telah membunuh bapanya. Dalam perang Uhud, dia menyuruh Washi, seorang hamba untuk membunuh Hamzah dengan ganjaran Washi akan dimerdekakan sekiranya berjaya. Hamzah gugur syahid terkena tombak yang dilontar Washi. Kisah itu tidak terhenti di situ. Hindun, masih tidak berpuas hati walaupun Hamzah sudah tidak bernyawa lagi. Dia telah mengoyak keluar jantung Hamzah dan dimamahnya namun dengan kuasa Allah S.W.T Hindun tidak dapat menelan jantung tersebut.

Rasulullah amat sedih kerana Hamzah yang amat dikasihinya diperlakukan sebegitu. Selepas beberapa lama, Abu Sufian mendapat hidayah dan memeluk agama Islam. Begitu juga isterinya, Hindun. Hindun meminta maaf kepada Rasulullah. Rasulullah memaafkannya akan tetapi baginda tidak sanggup melihat kearah Hindun kerana sedih, mengenangkan apa yang telah terjadi dulu sewaktu perang Uhud. Hal yang penting di sini ialah baginda memaafkan kesalahan tersebut.

So when they say forgive and forget, it's a bit difficult to 'forget' isn't it? As I said, when your heart is what's being hurt, it's most difficult to mend. Even if it mends, the scar will forever stay. Let's think it this way now. What if you where the one asking for forgiveness? Asking for forgiveness is something important if you ask me coz of the hope of being forgiven. Imagine getting turned down.

"I'll never forgive you!"
"You don't deserve my forgiveness."
"I just can't forgive you for what you've done."

Imagine getting those words replied to you after expressing a sincere apology. Not something you'd want right? Trust me those who've done wrong to you wish they don't have to hear these from you too. It takes courage to ask for forgiveness. Think it's easy? Not to everyone and to get turned down would in turn hurt them deep.

A reminder for me and you,


"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."


[An-Nur 24:22]


Remember that we hope for forgiveness from Allah and so for that why won't we forgive others? Think about it my dear brothers and sisters, for forgiveness is sweet~

To those whom I've wronged, would you forgive me?


By the way, I took this picture this morning. Intec bus window. What do you think? XD


I like it :P

Sunday, March 22, 2009

Cinta~

Dulu, selalu ingat perempuan sahaja yang akan rasa tidak dihargai sekiranya pasangan tidak menyatakan perasaan cinta kepadanya. Rupa-rupanya lelaki pun rasa begitu. Haha... Ustaz yang cakap ni, baru Nadira tahu.

Maknanya manusia ni memang ada perasaan tidak pasti dan mahukan kepastian. Kalau senyap sikit je dah mula rasa gelisah. Mulalah persoalan-persoalan di kepala seperti, “Dia ni dah tak sayang aku lagi ke?” haha...

Dapat kita lihat disini yang manusia mahukan bukti cinta dan manusia mahu dicintai kembali oleh orang yang dicintai. Mengapa begitu susah untuk cinta kepada Rasulullah? Mungkin kerana ketiadaan bukti Rasulullah cintakan kita?

Now that’s where we’re wrong. Who says there is no evidence of his love towards us? My brothers & sisters, indeed Rasulullah loves us very much.

With love, what feeling comes up when you’re far apart?

RINDU (to miss)

There was a time when Rasulullah was among his family and friends. (Eh, tak sedap betul bunyi. Keluarga dan sahabat-sahabat lagi sedap :P) He seemed sad. Sahabat asked him, why are you sad Rasulullah when we are all here near you? He answered something along these lines. “I miss those who love and follow me yet unable to see me.”

Who are those people? It’s US! He refers to us as ‘saudara’an even stronger bond than ‘sahabat’. See, he does love us :)

The most difficult moment of a person’s life is when approaching death.

SAKARATUL MAUT

That time, you’d remember the people you love most and nothing else. You’d keep saying their name. Now tell me what was Rasulullah saying on his death bed? What was he so worried about?

“Ummati...Ummati...Ummati”

He was thinking of US. His Ummah....He was so worried about US...

Do we ever think of him the way he thinks of us? Instead of fretting thinking that he doesn’t love us I think it should be the other way round. Do we love Rasulullah? Think about it coz that is what’s still uncertain. What’s certain is....

RASULULLAH LOVES US :)

I'm back :)

Salam Alayk :)

Sorry for the long silence. I've been away for 8 days. 2 camps you see and both plenty of new experiences. My friends should know. Having my holiday burnt is sad. Didn't get to send my father off at the airport yesterday but it's okay. May Allah protect him in his journey and when he comes back. Amin~

Yesterday I was fortunate to go to a wonderful theatre in Istana Budaya. :)

'Teater Sirah Junjungan: Karya Erma Fatima'

It was lovely. Syukur akak dari AJK surau ingat kat Nadira. Hari tu ajak sebelum pergi kem. Dapatlah Nadira pergi semalam walaupun sorang-sorang je junior. Sayang betul rakan-rakan lain tak pergi tapi apa nak buat? Limited chairs.

My chair was among the cheapest so we sat far up but still the view was good enough. The acting, costumes, props and soundtracks were great and being a former stage player myself I was really amazed. The stage floors moved! haha...As it was my first visit to Istana Budaya, excuse me for being very excited :P

I was fortunate to get some autographs of the artists involved. A new experience for me in that. They did a good job. Thumbs up!

Melihat kembali sirah Nabi Muhammad memberi bermacam-macam perasaan. Gembira, sedih dan terutama sekali rindu. Rindu kepada Nabi yang tidak berpeluang diri ini berada dengannya, mendengar suaranya mahupun menatap wajahnya. Sungguh beruntung umat terdahulu namun jangan kita lupa bahawa kita juga sangat beruntung. Walaupun tidak hidup pada zaman itu, Rasulullah tidak pernah melupakan kita. Bahkan baginda merindui kita. Kita, umatnya yang tidak pernah melihatnya tetapi beriman kepada Allah dan pesuruh Allah. Dugaan kita berat tapi percayalah yang kita akan dapat berjumpa juga dengan baginda satu hari nanti.

Pernahkah anda terfikir ingin berjumpa dengan Rasulullah?

Hari tu sebelum pergi kem ada ceramah Maulidur Rasul kat Dewan Seminar Cemara. Ramai jugak yang tak dapat pergi tapi tak mengapa, apa-apa sahaja pekerjaan yang dilakukan demi Allah itu tidak pernah sia-sia. Nadira boleh cerita sikit la.
WARNING: THIS WILL BE A RATHER LONG POST BUT IF YOU MAY, PLEASE CONTINUE READING :)

"...Keluarkanlah kaummu daripada kegelapan kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah..."

[Ibrahim 14:5]

Benda ni pun Nadira baru je perasan dalam Quran. Allah menyeru kita untuk mengingat hari-hari Allah kerana terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi setiap orang penyabar dan bersyukur. Hari-hari Allah disini bermaksud peristiwa yang terjadi pada kaum-kaum terdahulu yang menigingatkan kita kepada Allah. Di sini ialah peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Tujuan menyambut Maulidur Rasul bukanlah sembarangan tetapi untuk kita mengingati sejarah. Yang pergi BTN hari tu mesti sedar betapa pentingnya sejarah kan? Betullah, kerana sejarah tidak pernah berbohong.

"Dan semua kisah rasul-rasul, Kami ceritakan kepadamu, agar dengan kisah itu Kami teguhkan hatimu dan di dalamnya telah diberikan kepadamu kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang yang beriman."

[Hud 11:120]

Mari kita renungkan perkataan sejarah di dalam bahasa Arab iaitu Ibrah. Ibrah asalnya daripada perkataan Abarah yang bermaksud menyeberang. Mengapa Allah memilih perkataan ini? Sekiranya kita menyeberang, misalnya menyeberang jalan ke, sungai ke, apa yang kita buat? (masa tu Nadira pikir pandang kiri pandang kanan ke? :P buat lawak plak) Tapi ada betulnya dalam lawak tu. Perbuatan itu maknanya berhati-hati. Jadi dapat kita simpulkan di sini bahawa sejarah itu perlu kita ketahui untuk kita berhati-hati kerana di situ ada pengajaran yang dapat kita ambil. Sejarah itulah masa depan. Indah benar bahasa Allah. Kena belajar bahasa Arab! :)

Jadi persoalan sewaktu ceramah itu ialah,
"Apa yang mahu kita kenang dalam Nabi?"

1. Nabi dilahirkan sebagai seorang manusia :)
Bersyukurkah anda tentang hal ini? Nabi Muhammad telah dilahirkan sebagai seorang manusia dan bukan malaikat. Dengan itu kita mampu menjadikannya contoh untuk diikuti. Baginda juga perlu minum, makan dan tidur seperti kita. Kalau baginda lahir sebagai malaikat apa akan terjadi kepada kita? (Nayalah...bak kata org utara :P)

2. Nabi lahir sebagai anak yatim
Di sini hendak dikatakan yang semua manusia itu tidak terkecuali daripada dilahirkan untuk menjadi juara. Menjadi yatim bukanlah satu penghalang. Tidakkah terubat luka di jiwa apabila mengenangkan yang Rasulullah juga merupakan anak yatim? Dan bagindalah pemimpin teragung di dunia.

3. Nabi lahir di tanah Arab (centre)
Sudah terbukti yang Kaabah itu merupakan 'the centre of the world.' Pada masa itu, mengapa nabi tidak dilahirkan di Rom, Parsi, Yunani atau Hindi? Hal ini bagi menyucikan Rasulullah daripada fitnah. Cuba kita lihat, Rom pada masa itu merupakan kuasa tentera yang kuat, org akan menyimpulkan yang dakwah rasul kerana semangat ketetenteraan. Parsi pula ekonomi terkuat di dunia, org akan berkata dakwah itu untuk mendapat keuntungan perniagaan. Yunani terkuat dalam ilmu & falsafah, org akan menganggap Islam itu ideologi yang diciptakan manusia dan di Hindi pula krisis sosial paling teruk ketika itu. Dakwah akan seperti satu pembelaan terhadap kesusahan yang dialami kerana keadaan yang terdesak. Oleh sbb ingin menghapuskan tanggapan-tanggapan salah ini, Rasulullah dilahirkan di tengah-tengah iaitu di Mekah.

Ustaz masa tu ada bagitau sesuatu yang Nadira memang tak pernah tahu. (kejahilan diri :S) Sebenarnya 17 kali setiap hari kita diminta mengingat dan mengenang Rasulullah. Bagaimana? Kita diajar untuk rindu Rasulullah dalam solat.

Meh belajar bahasa Arab sikit lagi. :) Dalam tahiyat kita baca 'Assalamualaika' Di sini bermaksud selamat sejahtera ke atas kamu dan orang itu mmg perlu ada di depan kita. Ini bermakna pada ketika kita mengucapkannya, ia seolah-olah kita berdepan dengan Rasulullah. Bukannya 'Assalamualaihi' yang maknanya selamat sejahtera kepada dia (merujuk kepada org yang jauh). Kalau mcm ni la kan, kita kena excited la nak solat! Nak berdepan dengan kekasih Allah :)

Semoga kita mengambil pengajaran :)

" Sungguh telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah"

[Al-Ahzab 33:21]