Kuatkah aku?
Melihat derita kakakku
yang tidak mengerti
yang hanya tersenyum
memendam rasa di hati
Kuatkah aku?
Melihat wajah ibu
yang penat dan lesu
yang berlinang airmata
berusaha menyembunyikannya
Kuatkah aku?
Melihat risaunya ayah
yang terus mencari
yang tetap berikhtiar
menemukan penawar
Kuatkah aku?
Melihat perginya di kau
yang amat ku sayangi
yang perlu ku jauhi
biar terasa sukar sekali
Kuatkah aku?
Menghadapi diri ini
yang penuh keinginan
yang kerap lupa
yang perlukan bimbingan
Ya,
Aku perlu kuat,
dan kekuatan itu ku pohon
dari-Mu Ya Allah,
kerana aku tahu,
diriku lemah,
dan Engkaulah,
sebaik-baik tempat untuk ku bergantung.
Ya,
Aku perlu kuat...
Strength is none but Allah~
ReplyDeletei love u~ =)
thanks eka :)
ReplyDeletekuat jgn x kuat!?
ReplyDeletehuhu
thanks hisham :)
ReplyDeletepray that I will be aite?