Monday, January 11, 2010

Menangis...

Saudara-saudaraku... menangislah kerana Allah...

Menangislah untuk-Nya, insyaAllah terselamatlah diri dari seksaan. Sungguh seksaan Allah itu amat berat dan tak akan ada yang sanggup menerimanya. Fikirkanlah, betapa singkatnya masa yang tinggal. Hari kiamat itu dekat saudara-saudaraku dan sekiranya kamu beriman kepada hari kiamat maka kamu harus sedarlah yang kiamat itu pasti dan pada saat itu semuanya akan hancur kecuali Allah yang Maha Esa, yang kekal selama-lamanya.

Menangislah kerana takut kepada Allah. Menangislah...kerana sungguh tangisan itulah yang paling layak.

Saudara-saudaraku, aku pernah terbaca bahawasanya teman yang paling baik adalah apabila kita melihat wajahnya, kita teringat akan Allah, mendengar kata-katanya akan menambahkan ilmu agama dalam dada kita, dan melihat gerak-gerinya kita teringat akan mati.

Sungguh, aku teringin menjadi sahabat yang seperti ini kepada kamu.
Sahabat ketika di dunia dan juga di akhirat.

InsyaAllah~

No comments:

Post a Comment