Saturday, May 1, 2010

Cara Mendampingi Allah dan Meraih KecintaanNya

Salam Alayk semua :)

Dalam sibuk-sibuk nak exam ni saya rasa elok lah kita berehat sebentar dan mengambil iktibar daripada hadis di atas iaitu hadis ke-38 daripada hadis 40 Imam Nawawi ^_^ jom!

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Taala berfirman:

"Sesiapa yang memusuhi orang yang setia kepadaKu, maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Tiada seseorang hambaKu yang menghampiriKu dengan sesuatu yang lebih Aku cintai daripada ia menunaikan perkara fardhu ke atas dirinya. Hambaku sentiasa menghampiriKu dengan ibadat sunat sehingga Aku mencintainya. Tatkala Aku telah mencintainya, Akulah sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Sekiranya ia meminta kepadaKu, pasti Aku berikan kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan kepadaKu nescaya Aku melindunginya."

-Riwayat al-Bukhari


Alhamdulillah...damai terasa hati apabila membaca hadis ini. Tidakkah kita mahu meraih cinta Allah? Sudah tentu mahu! kan?! ^_^


Lets run to Him...run as fast as we can for His hands are open wide for us. It's up to us to either be in His embrace or not. Don't just sit there, RUN! :P


As a friend of mine quoted, "If you can't run, walk. If you can't walk, crawl. If you can't crawl then do something...by all means KEEP MOVING!"

No comments:

Post a Comment