Thursday, September 10, 2009

2 kisah :)

Salam Alayk,

All this talk about misery must have bored you especially when what's being said is mostly vague. Sorry! Let's talk about something else now shall we? First off, smile! :) hehe...

So you're smiling now? Good. Setting off a good by smiling is important, no? :D Okay now we can begin. Today I went to the Cemara surau as usual for my Isya' & terawih prayers. There was a tazkirah session before perfoming witir and the imam told us 2 stories. I had a smile etched on my face immediately after hearing him start coz it brought back memories :) Especially the first story. Allow me to convey it in malay cay?

1st story:

Ada seorang abid yang hidup selama 500 tahun. Sepanjang kehidupannya itu, dia telah beribadah kepada Allah yakni solat dengan bersungguh-sungguh tanpa meninggalkan satu waktu pun. Memang kerjanya hanya beribadah kepada Allah siang dan malam selama 500 tahun. Apabila tiba masanya abid itu menghadap Allah, dia berkata. "Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga kerana amalan ku." Maka, malaikat pun mula menghitung dan akhirnya, hanya mata kiri abid itu yang layak masuk ke syurga sedangkan seluruh anggota badannya yang lain ke neraka.

Mengapa begitu?

Kerana setelah dihitung, rupa-rupanya ibadahnya selama 500 tahun itu hanya dapat membalas nikmat mata kirinya yang Allah berikan. o_O??? (nikmat mata kiri je??!) Yup, hanya nikmat mata kiri, belum lg nikmat-nikmat yang lain. haaa....Bila pikir balik, kita ni mcm mane?

Silapnya disini ialah permintaan abid itu. Apabila ingin memohon sesuatu e.g. 'dimasukkan ke dalam syurga Allah', perkara itu harus dipohon dengan 'Rahmat' Allah, bukan dgn 'amalan' kita. Sungguh, yang menentukan segala-galanya itu tetap Allah. Jadi, nanti bila doa, jangan lupe perkataan tu.

----why did I say memorable just now? Actually I read about this story 6 years ago in a book that I can't recall the title. Found in the mussola one day when I was sitting there. It feels very warm inside to hear it being told again :) to know that others know it too---

2nd story:

Ada satu ketika selepas selesai menunaikan solat Subuh berjemaah, Rasulullah S.A.W. bertanya kepada para sahabat.
"Siapakah di antara kamu yang berpuasa pada hari ini?"
Semua terdiam lalu Saidina Umar pun menjawab, "Saya tidak berniat semalam maka hari ini saya tidak berpuasa." Ramai yang menyatakan perkara serupa.

Rasulullah bertanya lagi, "Siapakah di antara kamu yang sudah bersedekah pada hari ini?"
Umar menjawab, "Kita masih belum pulang dan keluar dari masjid, saya belum bersedekah." Sahabat-sahabat lain mengiyakannya lagi.

Rasulullah bertanya lagi, "Siapakah di antara kamu yang sudah menziarahi orang yang sakit?"
Umar menjawab, "Belum ya Rasulullah." Begitu juga sahabat-sahabat lain.

Rasullulah kelihatan sedih. Kemudian bangun seorang lelaki dan dia berkata.
"Ya Rasulullah, saya berpuasa pada hari ini. Pagi tadi dalam perjalanan ke masjid saya terjumpa seorang peminta sedekah lalu saya memberi sedekah kepadanya. Sebelum ke sini, saya telah terlebih dahulu menziarah saudara saya yang sedang sakit."

Siapakah lelaki itu?

Dialah, Saidina Abu Bakar.

---now this story I just love :)---

Alhamdulillah, dapat kongsi post yang bermanfaat sket drpd yang sebelum ni...huhu :P
InsyaAllah, semoga dapat kita ambil iktibar dari kedua-dua kisah diatas.

2 comments:

  1. you told me the story six years ago..(i think) :)

    ReplyDelete
  2. yup. in form 2 when i read it at the block e musolla kalau x silap. a very old book. surprised me when he told it that night.

    ReplyDelete