Friday, March 19, 2010

Istimewanya seorang mukmin.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim melalui sahabat bernama Abu Yahya Suhaib bin Sinan r.a., Nabi Muhammad S.A.W bersabda,

"Ajaib sungguh dengan keadaan seorang mukmin. Keadaannya sentiasa dalam kebaikan dan ini tidak berlaku melainkan hanya pada diri seorang mukmin. Sekiranya dia menerima nikmat kesenangan, dia bersyukur lalu itu menjadi kebaikan kepadanya. Dan sekiranya dia menerima ujian kesusahan, dia bersabar lalu itu juga menjadi kebaikan kepadanya."

Begitulah kelebihan yang diberikan Allah S.W.T kepada seorang mukmin yang menerima apa jua keadaannya dalam keadaan redha dan positif :) MasyaAllah~ Tenang.

2 comments:

  1. nadira, sungguh Allah itu Maha Pemurah..post anda selalu menenangkan jiwa ini..terima kasih saudaraku. Allah mengurniakanmu dengan kelebihan ini. teruskan ya?

    adila

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ^_^ semoga sama2 mendapat pahala & kebaikan yang berkekalan hingga akhirat. InsyaAllah akan diteruskan.

    ReplyDelete