Salam alayk :)
Hari ini sekadar ingin berkongsi sebuah peringatan yang ana rasa begitu menyentuh perasaan. Mungkin selama ini kita mengambil ringan bacaan-bacaan sewaktu kita menunaikan solat kerana kurang penghayatan ataupun kerana kita tidak memahami apa yang dibacakan. Mari kita lihat betapa besarnya makna salah satu daripada doa-doa tersebut.
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN - semasa duduk antara dua sujud. (Diambil dari sini.)
Dalam tidak sedar, setiap hari kita memohon dalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami. Sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini.
Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat. Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah, Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku). Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan. Kemudian sampaikanlah permintaan kedua, Warhamni (sayangi aku). Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup. Berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..
Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Warfa'nii (angkatlah darjatku)
Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Wa'Aafinii (sihatkan aku)
Wa'fuannii (maafkan aku)
Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita betapa besarnya nilai doa ini, sebuah doa yang kita hanya remehkan begitu sahaja.
MasyaAllah. Apabila dibaca dengan penuh kesedaran sebegini, perasaannya berbeza kan? :')
salam alayk...
ReplyDeletenadira,ana minta izin copy paste ye
jazakillahukhair~
super like! :)
ReplyDeleteme too :)
ReplyDelete