Sunday, March 22, 2009

I'm back :)

Salam Alayk :)

Sorry for the long silence. I've been away for 8 days. 2 camps you see and both plenty of new experiences. My friends should know. Having my holiday burnt is sad. Didn't get to send my father off at the airport yesterday but it's okay. May Allah protect him in his journey and when he comes back. Amin~

Yesterday I was fortunate to go to a wonderful theatre in Istana Budaya. :)

'Teater Sirah Junjungan: Karya Erma Fatima'

It was lovely. Syukur akak dari AJK surau ingat kat Nadira. Hari tu ajak sebelum pergi kem. Dapatlah Nadira pergi semalam walaupun sorang-sorang je junior. Sayang betul rakan-rakan lain tak pergi tapi apa nak buat? Limited chairs.

My chair was among the cheapest so we sat far up but still the view was good enough. The acting, costumes, props and soundtracks were great and being a former stage player myself I was really amazed. The stage floors moved! haha...As it was my first visit to Istana Budaya, excuse me for being very excited :P

I was fortunate to get some autographs of the artists involved. A new experience for me in that. They did a good job. Thumbs up!

Melihat kembali sirah Nabi Muhammad memberi bermacam-macam perasaan. Gembira, sedih dan terutama sekali rindu. Rindu kepada Nabi yang tidak berpeluang diri ini berada dengannya, mendengar suaranya mahupun menatap wajahnya. Sungguh beruntung umat terdahulu namun jangan kita lupa bahawa kita juga sangat beruntung. Walaupun tidak hidup pada zaman itu, Rasulullah tidak pernah melupakan kita. Bahkan baginda merindui kita. Kita, umatnya yang tidak pernah melihatnya tetapi beriman kepada Allah dan pesuruh Allah. Dugaan kita berat tapi percayalah yang kita akan dapat berjumpa juga dengan baginda satu hari nanti.

Pernahkah anda terfikir ingin berjumpa dengan Rasulullah?

Hari tu sebelum pergi kem ada ceramah Maulidur Rasul kat Dewan Seminar Cemara. Ramai jugak yang tak dapat pergi tapi tak mengapa, apa-apa sahaja pekerjaan yang dilakukan demi Allah itu tidak pernah sia-sia. Nadira boleh cerita sikit la.
WARNING: THIS WILL BE A RATHER LONG POST BUT IF YOU MAY, PLEASE CONTINUE READING :)

"...Keluarkanlah kaummu daripada kegelapan kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah..."

[Ibrahim 14:5]

Benda ni pun Nadira baru je perasan dalam Quran. Allah menyeru kita untuk mengingat hari-hari Allah kerana terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi setiap orang penyabar dan bersyukur. Hari-hari Allah disini bermaksud peristiwa yang terjadi pada kaum-kaum terdahulu yang menigingatkan kita kepada Allah. Di sini ialah peristiwa kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Tujuan menyambut Maulidur Rasul bukanlah sembarangan tetapi untuk kita mengingati sejarah. Yang pergi BTN hari tu mesti sedar betapa pentingnya sejarah kan? Betullah, kerana sejarah tidak pernah berbohong.

"Dan semua kisah rasul-rasul, Kami ceritakan kepadamu, agar dengan kisah itu Kami teguhkan hatimu dan di dalamnya telah diberikan kepadamu kebenaran, nasihat dan peringatan bagi orang yang beriman."

[Hud 11:120]

Mari kita renungkan perkataan sejarah di dalam bahasa Arab iaitu Ibrah. Ibrah asalnya daripada perkataan Abarah yang bermaksud menyeberang. Mengapa Allah memilih perkataan ini? Sekiranya kita menyeberang, misalnya menyeberang jalan ke, sungai ke, apa yang kita buat? (masa tu Nadira pikir pandang kiri pandang kanan ke? :P buat lawak plak) Tapi ada betulnya dalam lawak tu. Perbuatan itu maknanya berhati-hati. Jadi dapat kita simpulkan di sini bahawa sejarah itu perlu kita ketahui untuk kita berhati-hati kerana di situ ada pengajaran yang dapat kita ambil. Sejarah itulah masa depan. Indah benar bahasa Allah. Kena belajar bahasa Arab! :)

Jadi persoalan sewaktu ceramah itu ialah,
"Apa yang mahu kita kenang dalam Nabi?"

1. Nabi dilahirkan sebagai seorang manusia :)
Bersyukurkah anda tentang hal ini? Nabi Muhammad telah dilahirkan sebagai seorang manusia dan bukan malaikat. Dengan itu kita mampu menjadikannya contoh untuk diikuti. Baginda juga perlu minum, makan dan tidur seperti kita. Kalau baginda lahir sebagai malaikat apa akan terjadi kepada kita? (Nayalah...bak kata org utara :P)

2. Nabi lahir sebagai anak yatim
Di sini hendak dikatakan yang semua manusia itu tidak terkecuali daripada dilahirkan untuk menjadi juara. Menjadi yatim bukanlah satu penghalang. Tidakkah terubat luka di jiwa apabila mengenangkan yang Rasulullah juga merupakan anak yatim? Dan bagindalah pemimpin teragung di dunia.

3. Nabi lahir di tanah Arab (centre)
Sudah terbukti yang Kaabah itu merupakan 'the centre of the world.' Pada masa itu, mengapa nabi tidak dilahirkan di Rom, Parsi, Yunani atau Hindi? Hal ini bagi menyucikan Rasulullah daripada fitnah. Cuba kita lihat, Rom pada masa itu merupakan kuasa tentera yang kuat, org akan menyimpulkan yang dakwah rasul kerana semangat ketetenteraan. Parsi pula ekonomi terkuat di dunia, org akan berkata dakwah itu untuk mendapat keuntungan perniagaan. Yunani terkuat dalam ilmu & falsafah, org akan menganggap Islam itu ideologi yang diciptakan manusia dan di Hindi pula krisis sosial paling teruk ketika itu. Dakwah akan seperti satu pembelaan terhadap kesusahan yang dialami kerana keadaan yang terdesak. Oleh sbb ingin menghapuskan tanggapan-tanggapan salah ini, Rasulullah dilahirkan di tengah-tengah iaitu di Mekah.

Ustaz masa tu ada bagitau sesuatu yang Nadira memang tak pernah tahu. (kejahilan diri :S) Sebenarnya 17 kali setiap hari kita diminta mengingat dan mengenang Rasulullah. Bagaimana? Kita diajar untuk rindu Rasulullah dalam solat.

Meh belajar bahasa Arab sikit lagi. :) Dalam tahiyat kita baca 'Assalamualaika' Di sini bermaksud selamat sejahtera ke atas kamu dan orang itu mmg perlu ada di depan kita. Ini bermakna pada ketika kita mengucapkannya, ia seolah-olah kita berdepan dengan Rasulullah. Bukannya 'Assalamualaihi' yang maknanya selamat sejahtera kepada dia (merujuk kepada org yang jauh). Kalau mcm ni la kan, kita kena excited la nak solat! Nak berdepan dengan kekasih Allah :)

Semoga kita mengambil pengajaran :)

" Sungguh telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah"

[Al-Ahzab 33:21]

2 comments:

  1. eih
    jelesnye dye dpt gi tgok teater tuh
    :(

    ReplyDelete
  2. Laa...itu pun nasib baik. Ko nk tgk eh?
    tu la, suruh dtg KL xnk :P
    masuk intec ar nnt, bleh duk ngan aku. hehe

    ReplyDelete